logo transparent
logo transparent
Windows 11 – Apa Yang Kita Tahu
Windows 11 adalah perisian terbaru dari Microsoft bagi menambah baik Windows 10 sedia ada. Banyak perubahan yang dapat dilihat terutamanya User Interface yang nampak agak minimalist. Untuk artikel ini kita akan rungkaikan sedikit sebanyak perubahan yang akan datang dengan Windows 11.
Kami sudah download beta version untuk Windows 11 ini dah telah mencuba sedikit sebanyak Interface yang disediakan.
Screenshot 2021-06-29 130348
Paparan desktop bagi Windows 11 kali ini nampak sangat bersih dan kemas. Anda boleh lihat icon di taskbar berada di bahagian tengah seperti Macbook. Boleh lihat disini 'vibe' desktop ini nampak tenang dan sangat minimalist.
Screenshot 2021-06-29 130029
Taskbar icon juga diperbaharui tapi masih mengekalkan fungsi yang terdapat di Windows 10 terdahulu seperti Windows Store. Button Start juga berada di bahagaian tengah bersama icon yang lain.
Screenshot 2021-06-29 130313
User Interface apabila anda menekan button Start juga sudah diperbaharui dengan masih mengekalkan konsep kemas dan minimalist. Kedudukan icon juga diperkemaskan.
Screenshot 2021-06-29 130818
Folder My Computer masih lagi mengekalkan posisi yang sama bagi kebanyakan icon tetapi ada sedikit perubahan kepada design icon tersebut.
Windows 11 ini masih dalam tempoh percubaan dan mungkin akan dikeluarkan hujung tahun ini bagi setiap pengguna. Kepada yang sudah menggunakan Windows 10 akan dapat upgrade secara pecuma kepada Windows 11. Hanya perlu tunggu update dari Microsoft.

Share with:


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now ButtonHUBUNGI SEKARANG