Selamat Datang ke kedai baharu Global We Shop!! Alhamdulillah kami sudah dapat rezeki untuk membuka kedai baharu yang lebih besar dan selesa untuk pelanggan kami.
Kami sekarang beralamat di 47 & 49 , Jalan TU41, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh,Melaka. Hanya 200 meter dari kedai lama dan deret shoplot yang sama. Cuma untuk kedai baharu kali ini kami ada 2 lot yang luas dan selesa untuk anda semua.
Bahagian luar diwarnakan dengan tema kedai kami iaitu warna kuning. Signboard buat masa ini masih didalam proses jadi kami hanya menggunakan banner kami buat sementara.
Gambaran Lokasi Kedai
Kami bersebelahan kedai makan Nasi Ambeng Mama. Kami menggunakan tapak restoran UAK yang terdahulu.
Kedai kami juga betul-betul berhadapan dengan simpang tiga berhadapan restoran Aida Rich dan Restoran Enam (Tapak lama Chaq Corner).
Suasana Di Dalam Kedai
Ketika pelanggan mula memasuki kedai, mereka perlu mengambil no giliran dan tunggu angka giliran dipanggil oleh sistem QMS (Queue Management System) kami yang terbaru.
Ruang menunggu kami juga dikelilingi aksesori yang diperlukan oleh anda. Boleh cuci mata sambil menunggu giliran anda.
Pelanggan akan dibantu oleh staff di kaunter selepas no giliran dipanggil. No giliran juga berbeza bergantung kepada jenis serivis yang diperlukan oleh pelanggan. Kami berjanji akan melakukan servis dengan pantas, jujur dan berkualiti.
Specialist Technician
Kami mempunyai technician yang berkualiti dalam menangani masalah komputer anda. Kami juga antara specialist motherboard di Melaka. Dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam bidang membaiki komputer, kami berjanji akan memberikan servis yang terbaik untuk kepuasan pelanggan kami.
Ruang Jualan Komputer
Kami mempunyai ruang yang luas untuk anda mencari laptop yang anda perlukan tidak kira baru mahupun secondhand. Kami buat masa ini menjual laptop/desktop baru dan juga secondhand berserta printer, monitor dan juga pc gaming.
Kami di GWS menunggu kedatangan anda ke kedai kami. Doakan kami untuk terus bergerak kehadapan dan terima kasih atas sokongan anda semua terhadap syarikat kami ini. TERIMA KASIH SEMUA!