Tajuk
pada hari ini amat sesuai untuk pengguna komputer dan laptop. Hal ini kerana
ramai antara kamu yang masih belum tahu mengenai SSD dan HDD. Secara amnya, SSD
dan HDD merupakan storage utama untuk PC. Namun, tahukah anda betapa beza
jurangnya antara storage tersebut? SSD vs HDD, yang mana lebih baik?
Bagi
yang ingin membeli sebuah komputer, anda perlu tahu storage utama laptop/komputer
tersebut kerana ia boleh menjadi faktor prestasi (performance) untuk sesebuah laptop/komputer
sebenarnya.
Apakah itu HDD?
HDD bermaksud hard-disk drive. Sebuah mekanisma yang berupaya mengawal kedudukan, pembacaan
dan penulisan oleh hard-disk. Dimana ia menjadi tempat penyimpanan data. HDD
diguna secara meluas pada komputer, laptop, telefon pintar dan lain-lain. HDD
mempunyai pelbagai komponen di dalamnya. Ia juga mempunyai motor. Bukan
motorsikal, tetapi motor yang bergerak (contohnya motor enjin kereta mainan
Tamiya. Motor ini digunakan untuk memusingkan platters yang menyimpan data pada beribu-ribu
pusingan setiap minit. Semakin tinggi RPM, semakin tinggi prestasinya).
Apakah itu SSD?
SSD bermaksud solid-state drive di mana ia merupakan penyimpan media data
dalam chip solid-state. Dua kunci utama pembentukan SSD ialah pengawalan kelajuan dan
memori kilat NAND. Kilat-kilat yang dimaksudkan adalah bukan petir, tapi amat
pantas. Penghasilan SSD ini merupakan teknologi baharu yang boleh membekalkan
kelajuan bacaan dan penulisan data dalam satu tempoh masa. Kecekapan yang
tinggi dan prestasi yang sangat hebat. SSD juga dikenali sebagai flash-drive atau solid-state disk.
SSD vs HDD?
Bukan seperti HDD, SSD tidak mempunyai sebarang alat
yang bergerak. SSD juga mempunyai latency yang rendah (macam ping). Maka, data dapat
diproseskan dengan lebih cepat apabila ditugaskan. Walaubagaimanapun, harga
untuk sebuah SSD agak mahal sehingga dua hingga tiga kali ganda lebih mahal
dari HDD untuk kapasiti storage yang sama.
Oleh
yang demikian, anda boleh campur SSD dan HDD untuk pretasi yang terbaik di
samping menjimatkan duit anda. Selain itu, jangka hayat antara SSD dan HDD juga
boleh dibandingkan. Dimana HDD mempunyai motor yang bergerak, peratusan untuk
mengalami kerosakan adalah lebih tinggi. Namun jangan risau. Setiap HDD
pastinya dilengkapi dengan penyerap hentakan untuk menyediakan jangka hayat
yang lebih panjang.
Namun,
SSD juga mempunyai kekurangannya. Pendedahan haba terhadap SSD boleh
memendekkan jangka hayatnya. Apabila SSD beroperasi pada suhu yang tinggi, ia
boleh mengakibatkan elektron terbocor dari memori kilat NAND. Oleh yang demikian,
bukan sahaja SSD boleh rosak dengan haba – malah segala komponen dalam perkakas
PC anda semuanya boleh rosak. Jaga pengaliran udara dalam PC anda.
Dalam
perdebatan hari ini, kita akan fokuskan untuk pretasi sebuah komputer – dari
segi boot-up, memproses data dan gaming. Jika anda rasa SSD mahal, ya ia
memang mahal. Namun, fikir dari nilai positif – anda tidak akan menyesal! Cuba
lihat gambar di bawah. Ia merupakan perbandingan antara HDD terbaik dunia dan
SSD terbaik dunia. Dalam perbandingan tersebut, SSD menang dengan megah iaitu
sektiar dua kali ganda!
Dari
segi boot-up Windows pula, sama juga. SSD menang! Tempoh untuk hidupkan
komputer anda lebih cepat sehingga 2-3 kali ganda juga! Dari segi gaming pula,
tempoh loading dan processor boleh dikenal pasti sehingga 2-4 kali ganda. Sudah
pastinya SSD menang!
Kesimpulan
“Jika
anda gunakan SSD, anda tidak akan sentuh HDD buat selamanya”.
Ini bermaksud, kualiti yang ada pada SSD ini sangat tinggi. Walaupun anda rasa
ia mahal, belilah SSD serendah 120GB (dalam RM80) dan HDD bersaiz besar (500GB
dalam RM100).
Pada
SSD, anda perlu letak aplikasi dan sistem yang memerlukan prestasinya.
Contohnya sistem operasi (Windows 10 - OS), permainan video (FIFA Online 2),
dan aplikasi berat (editing: Adobe Photoshop dll). Manakala pada HDD pula, anda
boleh letak data yang tidak perlu prestasi sangat. Sebagai contoh, gambar,
video dan lagu.
Akhir
kata, bukan sahaja CPU, GPU dan RAM yang penting sebagai seorang gamer, tetapi
juga SSD!