logo transparent
logo transparent
7 Kedai Repair Laptop di 3 Buah Daerah di Melaka
Laptop adalah suatu keperluan untuk masa kini. Tambahan pula, sekarang ini musim PKP. Jadi ramai yang telah mula membuat kerja ataupun belajar dari rumah sahaja. Pada musim PKP ini, masyarakat tidak dibenarkan bergerak dari satu daerah ke daerah yang lain. Jadi disini kami akan membantu anda untuk mencari kedai-kedai repair dan jual laptop serta pc mengikut daerah-daerah yang terdapat di Melaka.

Terdapat banyak kedai komputer di Melaka yang anda boleh pergi untuk membeli laptop mahupun pc yang baru, repair laptop ataupun anda teringin nak beli aksesori untuk laptop anda, anda boleh pergi ke kedai yang telah kami cadangkan seperti yang dibawah. 

Daerah Melaka Tengah

1.   Kedai Komputer Global We Shop

Komputer yang tiba-tiba rosak adalah mimpi ngeri bagi semua pemilik komputer. Sudah tentu anda tidak mampu membetulkannya jika tidak mempunyai kemahiran. Kalau ada kemahiran pun bukan tentu anda mempunyai alat gantinya sekarang.

Global We Shop (GWS) adalah pakar dalam memperbaiki peralatan komputer yang rosak. Anda ada masalah seperti keyboard rosak, button di keyboard tertanggal, blue screen, laptop tak boleh hidup, bateri laptop kembung, mahu tambah RAM dan SSD, mahu install Adobe ataupun Microsoft, speaker laptop tak keluarkan bunyi atau apa sahaja, anda boleh datang ke kedai ini dan mereka boleh menyelesaikan segala masalah anda dengan pantas. GWS juga dikenali sebagai kedai repair laptop murah Melaka.

Tidak lupa juga, GWS juga menawarkan harga untuk setiap laptop dengan harga yang mampu milik. Anda mencari laptop baru? Atau anda sedang mencari laptop secondhand berkelas bajet? Atau anda mahu membeli pc biasa atau pc gaming? GWS lah tempatnya.

GWS terletak di kawasan Taman Tasik Utama berdekatan dengan perkarangan MITC. GWS juga sering menjadi tumpuan agensi kerajaan untuk menghantar peralatan komputer yang rosak.

Untitled-2
Global We Shop

2.   Kedai Komputer Safwan Computer

Kedai komputer yang terletak sederet dengan Kedai Makan Ikan Bakar Malim ini boleh terlihat dari jarak yang jauh kerana warna orennya yang sangat menyerlah. Kedai Komputer Safwan Komputer atau lebih dikenali sebagai SC juga menawarkan pelbagai servis seperti membaiki laptop dan printer, menjual laptop, menjual set pc untuk gaming (pc, kerusi, headphone), menjual aksesori untuk laptop anda serta menjual printer.

Anda ada masalah seperti printer tak boleh on? Printer tidak boleh nak print kertas? Tidak boleh photostat? Anda mahu belikan printer untuk kegunaan anak-anak anda di asrama mahupun di rumah?
Untuk pengetahuan anda, SC sedang menawarkan harga yang berpatutan kepada para pelajar tidak kira sama ada pelajar sekolah, university, kolej atau sesiapa sahaja yang bergelah pelajar, Jangan lupa untuk datang ke SC dan dapatkan potongan harga yang sangat berbaloi. Jadi sesiapa yang masih bergelar pelajar, anda tidak perlu risau kerana SC berbesar hati memberikan harga promosi kepada anda.
sc
Safwan Computer

3.     NCS Sales and Services Sdn Bhd

NCS Sales and Services Sdn Bhd adalah kedai komputer yang cukup dikenali di Melaka. Ia juga adalah di antara kedai komputer yang menjadi tumpuan orang ramai kerana NCS Sales and Services Sdn Bhd terletak di tengah-tengah bandar Melaka. NCS Sales and Services Sdn Bhd juga menjadi tumpuan bagi para penjual laptop kerana harga yang mereka tawarkan amat berpatutan.

Walaupun terletak di kawasan yang sibuk, mereka mempunyai kaedah drive-thru yang memudahkan pelanggan mengambil peralatan yang diperlukan hanya dalam kereta sahaja. NCS juga menawarkan jualan laptop, pc dan aksesori komputer di atas talian.

Kedai ini juga terkenal dengan set laptop gaming. Bukan sahaja laptop gaming, kerusi gaming, headphone gaming, apa sahaja yang melibatkan gaming, ada dijual di kedai ini. Jadi tidak perlu pergi ke luar negeri untuk mencari set pc gaming yang lengkap.

ncs
NCS Sales and Services Sdn Bhd

Daerah Jasin

1.     Kedai Komputer Jasin (Mewah)

Di kedai Komputer Jasin (Mewah) ini, mereka menyediakan pelbagai servis di dalam satu kedai. Mereka mempunyai servis seperti servis untuk komputer, printing, mencuci gambar, menjual telefon bimbit serta menjual aksesori untuk telefon bimbit seperti USB, casing phone dan sebagainya.
Kedudukan kedai ini amat strategik kerana kedai ini terletak di tengah-tengah pekan Jasin iaitu bersebelahan dengan round board Jasin. Jadi sangat mudah untuk anda melihat kedai Komputer Jasin (Mewah) ini. 

Jadi, sementara anda menunggu untuk laptop anda selesai diperbaiki, anda juga boleh melihat pelbagai barangan lain yang dijual oleh mereka. Sudah pasti anda tidak akan bosan jika datang ke kedai tersebut. 

Mewah
Kedai Komputer Jasin (Mewah)

2.     AAAZ Repair Centre

Di kedai AAAZ Repair Centre ini, mereka menyediakan pelbagai servis dalam satu kedai. Mereka mempunyai servis seperti servis untuk computer serta menjual laptop baru dan terpakai. Jangan risau. Laptop yang mereka jual mempunyai kualiti dan warranty yang mereka sediakan amat berbaloi untuk anda.

Kedudukan kedai ini amat strategik kerana kedai ini terletak bertentangan dengan Petronas Mydin Jasin dan sebaris dengan kedai makan Leyana Tomyam. Jadi sementara anda menunggu laptop anda dibaiki, anda juga boleh menjamu selera di Leyana Tomyam.

aaaz-01
AAAZ Repair Centre

Daerah Alor Gajah

1.     PC World Malim Jaya

"PC WORLD", yang pada awalnya dikenali sebagai Soft World, didirikan pada tahun 1995. Soft World dinamakan semula sebagai PC World secara formal pada tahun 1997. Bermula daripada hanya membuat software komputer pada peringkat awal, tetapi kini PC World berkembang menjadi perkhidmatan one stop computer. Maka dengan itu, mereka telah berjaya membangun kedai mereka yang bernama PC World.

Selain itu, PC World juga kini menyediakan perkhidmatan seperti memperbaiki laptop/pc, menjual aksesori untuk laptop, serta menjual laptop secondhand dan juga laptop yang baru. Tidak lupa juga mereka menjual printer untuk kegunaan anda semua. 

Kedai PC World ini juga berdekatan dengan Old Town Malim Jaya. Jadi sementara anda menunggu laptop/pc/printer anda dibaiki, anda boleh berehat sebentar di Old Town Malim Jaya tersebut. Jadi anda tidak perlu bingung jika anda perlu menunggu laptop anda dibaiki.

pc
PC World Malim Jaya

2.     IT Master Computer Sales & Services

Kedai kedua top 10 di daerah Alor Gajah ialah kedai IT Master Computer Sales & Marketing yang bertempat di Malim Jaya. Kedai ini beroperasi dari jam 09.00 pagi hingga 06.00 petang. 

IT Master Computer Sales & Marketing ini menyediakan servis seperti menjual laptop baru serta secondhand, menjuaal aksesori laptop serta membaiki laptop anda yang rosak. Jika anda ingin menambah SSD atau hardisk untuk laptop anda, anda juga boleh pergi ke kedai tersebut. 

Kedai ini mempunyai tempat yang strategic iaitu terletak di Starbucks Malim Jaya. Selepas anda menghantar laptop/pc anda ke kedai tersebut, anda juga boleh singgah di Starbucks untuk merehatkan badan dan minda anda. 

it-01

IT Master Computer Sales & Services

Share with:


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now ButtonHUBUNGI SEKARANG