logo transparent
logo transparent
Mungkin Ini CPU Dan GPU Yang Akan Diguna Snapdragon 898

Seperti biasa, Qualcomm akan melancarkan cip pemproses andalan mereka yang baharu pada bulan Disember setiap tahun. Xiaomi pula akan menjadi pengeluar pertama yang akan mengeluarkan peranti andalan mereka bersama cip ini. Jika tahun lepas Mi 11 menjadi peranti pertama yang menggunakan cip pemproses Snapdragon 888, Xiaomi 12 tahun ini pula akan membawakan cip Snapdragon 898.

Snapdragon 898 atau juga dirujuk dengan nombor kod SM8450 dilengkapi Adreno 730 sebagai GPU, mempunyai lapan teras merangkumi 1x Cortex-X2, 3x Cortex-A710 serta 4x Cortex-A510. Ia juga dikhabarkan akan menggunakan pemproses Samsung 4nm yang menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 20%.

Dalam pada itu, cip ini juga disertakan modem 5G X65 yang berkemampuan memuat turun dengan kelajuan maksium sehingga 10 Gb per saat. Pun begitu, laporan sebelum ini mengatakan cip terbaru ini mengalami isu kepanasan namun ia bukan perkara baru buat cip pemproses berprestasi tinggi.

Sumber: GSMArena

Share with:


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now ButtonHUBUNGI SEKARANG