logo transparent
logo transparent
Bajet 2022: Setiap Pelajar IPT B40 Bakal Dapat Tablet

Menerusi pembentangan Bajet 2022 dalam sidang parlimen hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan inisiatif PerantSiswa Keluarga Malaysia. 


Ia sebagai salah satu langkah penyelesaian kepada masalah pelajar IPT yang kekurangan kelengkapan untuk menjalani sesi pembelajaran dan terpaksa atau berkongsi peranti.




Menerusi inisiatif yang diumumkan ini, setiap pelajar daripada golongan B40 di institusi pengajian tinggi bakal menerima sebuah tablet sebagai kelengkapan sesi pembelajaran.


Dana sebanyak RM450 juta bakal dibelanjakan untuk tujuan ini dan ia bakal memberi manfaat kepada 600,000 pelajar dari kalangan keluarga B40.


Dalam pada itu, turut diumumkan juga adalah pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2500. Ia melibatkan pembelian telefon bimbit, komputer, dan tablet sehingga 31 Disember 2022.

Share with:


Call Now ButtonHUBUNGI SEKARANG