logo transparent
logo transparent
Ulasan Xiaomi Mi Notebook 14: Definisi baru untuk komputer riba kelas bajet.

NEW DELHI: Seperti di negara yang lain, pandemik covid-19 telah memberi nafas baru di pasaran laptop di India. 


Tetapi dalam masa yang sama, ramai juga orang yang mahu membeli laptop yang baru tetapi mengikut bajet dan kemampuan mereka yang tersendiri. Laptop seperti Mi Notebook 14 berada merupakan laptop yang terbaik buat masa kini.

Mi Notebook 14 sangatlah berpatutan daripada dua laptop bajet yang dikeluarkan oleh Xiaomi iaitu edisi Horizon. Mi Notebook 14 bermula pada harga RM2469.89 (₹43,999) sementara edisi Horizon pada harga, RM3087.38 (₹54,999). Tetapi seperti yang kami ingin katakan, yang terbaik daripada Mi adalah terbaik untuk anda.



Versi ini mempunyai SSD di dalamnya dan ia adalah SSD yang memberikan Mi Notebook prestasi yang lebih baik. Selain itu, RAM yang cukup dan processor Intel Core i5 generasi ke-10 yang menjadikan ia bernilai dari sudut prestasi.


Biarpon anda tidak akan dapat prestasi tahap ultrabook, Mi Notebook 14 masih berfungsi lebih pantas daripada pesaing terdekatnya. Bercakap mengenai ultrabooks, satu aspek yang sesuai dengan Mi Notebook 14 adalah jangka hayat bateri.


 Masa penggunaan untuk bateri ialah selama 9 hingga 10 jam dalam ‘idle mode’ kecuali anda menggunakan laptop tersebut dengan kerap.

Begitu juga, panel paparan Full HD 14 inci bukan hanya khabar angin di atas kertas semata-mata. Ini adalah paparan matte, yang menjadikannya mudah digunakan dalam semua jenis keadaan cahaya. Ketajaman warna juga sesuai dengan harganya. Untuk menjadi lebih jelas, anda boleh bandingkan skrin dengan peranti seperti Asus Vivobook yang mempunyai panel paparan yang serupa, tetapi tidak akan sama dengan laptop ini.


SSD, RAM 8GB, dan processor Intel Core i5 adalah jenis trend semasa memilih laptop yang digunakan untuk kegunaan seharian. Bagi kebanyakan pengguna yang membeli laptop yang baru untuk pendidikan atau kerja pejabat biasa, Mi Notebook 14 adalah laptop paling sesuai yang boleh anda dapatkan kerana ianya laptop dalam kategori bajet.


Yang kurangnya ialah webcam yang terletak di dalam monitor dan backlight untuk keyboard. Tetapi sesiapa sahaja dengan mudah mengatakan bahawa spesifikasi lain lebih penting untuk laptop yang akan bertahan selama beberapa tahun, yang biasanya menjadi keutamaan bagi pembeli laptop kategori bajet di India.


Kredit: mint

https://www.livemint.com/technology/gadgets/xiaomi-mi-notebook-14-review-a-new-definition-for-budget-laptops-11601035878474.html

Share with:


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now ButtonHUBUNGI SEKARANG