logo transparent
logo transparent
Google dan Nokia menandatangani perjanjian ‘Cloud Computing’ selama 5 tahun.

Pada hari Rabu yang lalu, Google Cloud telah mengumumkan bahawa mereka telah mencapai perjanjian cloud computing 5 tahun dengan Nokia. Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Nokia akan memindahkan infrastruktur IT di lokasi, termasuk data centers dan rangkaian , ke infrastruktur Google Cloud.


Syarat-syarat perjanjian itu tidak dinyatakan oleh syarikat. Infrastruktur Nokia akan berfungsi di Public Cloud dan migrasi Nokia ke cloud sudah bermula. Mereka memerlukan masa sehingga 24 bulan (1 tahun) untuk memindahkan kesemua rangkaian Nokia yang sedia ada.



Dengan perjanjian itu, Google menambah satu lagi jenama yang diiktiraf secara global untuk kesemua bilangan pelanggannya yang semakin meningkat, ia termasuk Walmart, HSBC, PayPal, Spotify dan OpenAI. Hal ini juga dapat menjadi tamparan yang hebat kepada Microsoft, setelah mencapai kata sepakat sekitar setahun yang lalu dengan Nokia dengan tujuan untuk menyatukan Azure dan menyelesaikan jaringan yang terdapat di Nokia.



Kerjasama itu amat penting bagi Google kerana mereka ingin meningkatkan pasaran cloud computing berbanding pesaing utamanya, Amazon Web Services dan Microsoft Azure. Data dari Canalys, yang disusun pada Q2 2020, menunjukkan bahawa Amazon Web Services menyumbang 31% daripada kesemua perbelanjaan cloud computing. Trailing AWS, Azure dengan 20% dan Google Cloud pada 6%.


Walaupun terdapat sebilangan besar syarikat di AWS dan Azure, pasaran masih terbuka luas untuk mengembangkan dan menyatukan pasaran cloud computing dengan lebih lanjut, kerana 37% dari kesemua perbelanjaan cloud computing yang selebihnya adalah milik pembekal lain.


Kredit:Forbes

https://www.forbes.com/sites/johanmoreno/2020/10/14/google-nokia-strike-five-year-cloud-computing-agreement/#44ff20bb71c4

Share with:


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now ButtonHUBUNGI SEKARANG