logo transparent
logo transparent
Alibaba Melancarkan Cloud Computing Berukuran Tapak Tangan dengan ‘Almost Unlimited Computing’.

Alibaba menunjukkan produk baru itu pada Persidangan Apsara tahun 2020 pada hari Khamis yang lalu, mengatakan produk tersebut dapat membantu pengguna menjalankan tugas yang kompleks seperti video editing dan software development di mana pun mereka berada kerana ia beroperasi sepenuhnya sepenuhnya melalui cloud.


“Komputer berkemampuan cloud bersaiz telapak tangan, bernama Wuying, yang bermaksud "tidak ada bayangan" dalam bahasa Cina, akan memberi pengguna access kepada computing resource yang hampir tanpa had bila-bila dan di mana sahaja jika device tersebut disambungkan ke skrin komputer biasa”, kata Alibaba dalam satu kenyataan. Pengguna boleh memilih untuk membayar perkhidmatan sama ada berdasarkan langganan atau bergantung pada penggunaan sebenar.



“Komputer kecil itu dapat beroperasi di beberapa sistem operasi termasuk Linux dan Windows, dengan data pengguna disimpan di cloud untuk tujuan keselamatan”, kata Alibaba, tanpa memberikan tanda harga. Ia menambah lagi bahawa device ini pertama kali akan tersedia untuk pelanggan perusahaan, dan kemudian untuk pelanggan individu dalam waktu terdekat.



Pada suku kedua 2020, Alibaba menguasai 40% pasaran perkhidmatan cloud China, mempertahankan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan cloud terbesar di negara ini, menurut firma penyelidikan Canalys.

Kredit:caixinglobal


https://www.caixinglobal.com/2020-09-18/alibaba-launches-palm-sized-cloud-computer-with-almost-unlimited-computing-resources-101606811.html

Share with:


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now ButtonHUBUNGI SEKARANG