Brand & Jenama Yang Sangat Dipercayai 200%
Percuma Untuk Pemasangan.
Syarikat ini sudah bertapak di Ayer Keroh,Melaka semenjak 2013 dan kami masih terus bergerak kehadapan dalam pelbagai aspek. Namun begitu, menjalankan perniagaan perkhidmatan membaik pulih komputer riba, komputer meja, menjual komputer riba dan komputer meja terpakai serta aksesori komputer.
Gelanggang perniagaan semasa banyak melahirkan pembekal-pembekal yang hanya mengutamakan jualan tanpa mempunyai perkhidmatan lepas jualan yang memuaskan.
Jadi misi utama syarikat GLOBAL WE SHOP ENT ialah untuk memenuhi kekosongan itu.
Mengutamakan perkhidmatan lepas jualan yang cepat dan mesra pelanggan. Kami sentiasa mencari jalan unutuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami.
Sasaran kami ialah untuk mengurangkan kerugian pelanggan dari kerosakan peralatan/alat ganti yang dibekalkan oleh kami.
Kami sedar bahawa penjagaan dan cara mengendalikan komputer atau alat ganti komputer dengan betul dapat mengurangkan kerosakan ke atas komputer tersebut. Oleh itu itu kami akan menyediakan cara-cara penjagaan dan pengendalian yang lebih berkesan untuk pelanggan kami.
PROSES SERVIS LaPTOP
Baiki laptop pun ada S.O.P ke? Sudah semestinya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Untuk mengesan masalah yang sebenar dan menyelesaikan masalah dengan tepat dan pantas.
TINDAKAN KAMI
Juruteknik kami terdiri daripada juruteknik pakar, mahir dan berpengalaman luas dalam bidang penyelenggaraan laptop dan sentiasa menjalankan tugas-tugas mereka dengan cekap, berhemah, amanah dan berdisiplin tinggi.